Gambar teaser bagi drama “Gyeongseong Creature” dah dikeluarkan!
Netflix telah mengeluarkan latar belakang karakter bagi drama mereka yang akan datang iaitu “Gyeongseong Creature” yang menampilkan Park Seo-joon, Han So-hee, Kim Hae-sook, Jo Han-chul dan Wi Ha-joon.
Berlatarkan musim bunga tahun 1945, “Gyeongseong Creature” mengisahkan tentang dua individu yang berhadapan dengan raksasa yang lahir dari sifat ketamakan.
Park Seo-joon membawa watak sebagai Jang Tae-sang, pemilik kedai pajak gadai utama di Gyeongseong dan pemberi maklumat terkemuka di bandar itu.
Manakala Han So-hee memegang watak sebagai Yoon Chae-ok, individu yang datang dari Manchuria bersama ayahnya, Jo Han-cheol dan juga merupakan seseorang yang dapat mengesan kedudukan roh.
Tidak ketinggalan juga, Wi Ha-jun yang menjadi Kwon Jun-taek, kawan rapat Jang Tae-sang yang berasal daripada keluarga kaya dan mahir berlawan.
Drama “Gyeongseong Creature” ini akan ditayangkan di Netflix pada 22 Disember ini.
Cepat la keluar! Dah tak sabar nak tonton drama ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.