Ketika ulang tahun mahupun meet and greet akan ada peminat yang mahu memberikan idola mereka hadiah yang unik.
Jom lihat beberapa hadiah paling mengejutkan dan unik yang diterima oleh idola K-Pop.
Irene (sabun pencuci baju)
Irene terkenal di kalangan peminat kerana seorang yang sangat menyukai bau. Kegemarannya pada bau, menurut peminat, menjadikannya pakar dalam mencuci pakaian dan menyeterika. Pada , ada seorang peminat menghadiahkan Irene sebotol pencuci baju dan dapat dilihat Irene sangat bahagia dengan hadiah itu.
Sehun (tanah di Scotland)
Peminat EXO menjadi kreatif untuk ulang tahun ke-23 Sehun dan memutuskan untuk memberikannya sesuatu yang agak luar biasa. Sebuah laman web peminat Cina bernama Warmwind membeli sebidang tanah di Scotland untuk Sehun untuk memberinya gelaran “Tuhan”.
Momo Twice (cermin & anak patung pelik)
Momo mendapat cermin bentuk punggung dan anak patung dengan bahagian sulitnya terkeluar. Ini diberikan kepadanya oleh peminat pada hari lahirnya dan dia menyiarkan di akaun media sosial.
Jin BTS (kondom)
Beberapa minit selepas membuat kiriman di akaun instagram, peminat menemui kondom dalam gambar ini. Ramai peminat membuat andaian sendiri tetapi, pihak HYBE kemudiannya menjelaskan bahawa ini adalah hadiah daripada peminat.
Kyuhyun (patung dewasa)
Kyuhyun Super Junior mendapat hadiah yang mengejutkan semasa dia bekerja di Jepun. Pada siaran MBC Radio Star, Kyuhyun mendedahkan bahawa dia menerima “patung dewasa” sebagai hadiah, tetapi bahagian lucunya ialah nota yang disertakan bersamanya. Nota itu mencadangkan Kyuhyun bertanya kepada Eunhyuk cara menggunakannya jika dia tahy untuk menggunakan.
G-Dragon (Pokok di hutan)
Peminat BIGBANG menanam dua hutan atas nama G-Dragon. Terdapat hutan pokok sitrus di Pulau Jeju yang dibina untuk ulang tahunnya yang ke-29 dan sebuah lagi hutan di Seoul dibina pada tahun 2014.
Pelik…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.