Persembahan di atas pentas adalah bahagian yang rumit dalam industri muzik K-Pop dan idola melakukan yang terbaik untuk peminat mereka. Walau bagaimanapun, ini juga boleh menimbulkan pelbagai risiko.
Koreografi yang sengit dan meletihkan juga boleh menyebabkan ahli saling menyakiti semasa latihan atau persembahan.
GFRIEND
Persembahan ‘Me Gustas Tu’ GFRIEND di Konsert Eco-Drive HYUNDAI 2015 membuatkan peminat berdebar setiap minit. Pentas itu penuh dengan plastik konfeti dan salah seorang ahli menggunakan kakinya untuk mengeluarkan konfeti dari kawasan persembahan.
Lagu itu comel, tetapi koreografinya susah dan melibatkan banyak sepakan. Semua ahli tergelincir dan jatuh, terutamanya Yuju yang jatuh lebih daripada lima kali. Ia merupakan satu kemalangan besar di pentas K-Pop dan kesilapan pihak penganjur.
Ahli kumpulan tersebut mengalami lebam di seluruh lengan dan kaki. Nasib baik, mereka tidak cedera parah. Walaubagaimanapun, beraksi dalam keadaan pentas berbahaya seperti itu tidak sepatutnya terjadi.
Jun.K
Ahli 2PM Jun.K jatuh dari pentas semasa salah satu persembahan konsert 2PM. Dia jatuh dari ketinggian sembilan kaki betul-betul semasa platform bergerak. Kemalangan ini telah mengejutkan ramai peminat bukan sahaja di konsert itu malah di seluruh negara. Jun K cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Dia patah jari manis kanan dan siku kanan serta bahunya terseliuh kerana terjatuh. Dia terpaksa menjalani pemulihan untuk bahunya kerana sakit di lengan kanannya menyebabkan dia tidak selesa. Selepas kejadian, konsert itu dibatalkan serta merta.
Taeyeon
Subkumpulan Girls’ Generation yang dipanggil TTS, terdiri daripada Taeyeon, Seohyun dan Tiffany, membuat persembahan di Anugerah Muzik Seoul 2014. Apabila pentas digelapkan selepas persembahan mereka, kumpulan itu membuat persiapan untuk beredar, bagaimanapun, lif yang dibina di bawah pentas itu runtuh menyebabkan Seohyun tergelincir dan buku lalinya terseliuh.
Namun, Taeyeon mengalami cedera parah. Dia benar-benar jatuh melalui celah pentas menyebabkan dia mengalami banyak lebam dan juga terpaksa dirawat.
Bora
Ketika SISTAR masih merupakan kumpulan baru pada tahun 2010, kumpulan itu telah mempersembahkan single hit mereka ‘Shady Girl’ di Konsert Let’s Start Sharing. Malangnya, tempat itu tidak berbumbung dan baru sahaja hujan turun menyebabkan ia basah sepenuhnya. SISTAR meneruskan persembahan mereka, tetapi ini menyebabkan Bora jatuh terlentang. Ini mengakibatkan kecederaan serius, tangan dan ibu jari Bora patah.
Onew
Pada tahun 2009, selepas persembahan SHINee di Music Bank KBS, kumpulan itu meninggalkan pentas apabila struktur pencahayaan tiba-tiba runtuh. Salah satu lampu jatuh remuk ke lantai dan hampir mengenai Onew. Kejutan kejadian itu menyebabkan Onew pengsan dan dia dibawa ke hospital oleh kru penganjur.
Nasibnya baik kerana mujur ada Super Junior mengambil struktur itu dan menghalangnya daripada terjatuh sepenuhnya pada Onew. Kecederaan itu mungkin lebih teruk dan mungkin membawa maut, Onew hanya mengalami lebam kecil akibat kejadian itu.
Seungri
Semasa tahun-tahun awal kerjaya BIGBANG pada tahun 2007, terdapat insiden di sebuah konsert apabila satu set bunga api meletup di muka Seungri. Dia sempat melompat keluar pada saat akhir bagi mengelak kecederaan lanjut, namun masih perlu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kerana melecur di muka dan badan.
Suzy
Sebelum Miss A dibubaran, kumpulan itu telah mengadakan konsert pada tahun 2014 di Beijing. Pada konsert ini, Suzy tergelincir di tangga di atas pentas semasa persembahan solo ‘Let it Go’. Kejatuhan itu menyebabkan dia cedera di kakinya, lengannya terpotong sedikit dan buku lalinya terseliuh.
Kesiannya…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.