Ikuti Kami:

16 Mati Ketika Persembahan 4Minute, Penganjur Konsert Ambil Nyawa Sendiri

16 Mati Ketika Persembahan 4Minute, Penganjur Konsert Ambil Nyawa Sendiri

Semua yang dirancang tidak semestinya akan berjalan lancar seperti yang dimahukan.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2014 ini menjadi pengajaran terbesar untuk dunia hiburan Korea.

16 terbunuh semasa menonton konsert idola K-Pop 4Minute dan berita insiden ini menggemparkan negara Korea kerana kes seperti ini tidak disangka akan berlaku.

Info yang diperoleh daripada pegawai bomba yang bertugas menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang terbunuh adalah lelaki lingkungan antara 30-an sehingga 40-an manakala lima daripadanya ialah wanita dalam lingkungan 20-an dan 30-an.

Tragedi ngeri semasa konsert 4Minute

Kemalangan ini berlaku apabila sekumpulan peminat sedang seronok menonton persembahan daripada kumpulan 4Minute. Saksi berkata jeriji pengudaraan runtuh serta-merta dan sekumpulan penonton yang berada di atasnya jatuh 10 meter (33 kaki) ke dalam kawasan parkir bawah tanah. Konsert ini disertai oleh beberapa lagi kumpulan K-Pop yang lain tetapi kemalangan ngeri ini berlaku ketika 4Minute sedang membuat persembahan.

Menurut sumber, kumpulan K-Pop 4Minute dikatakan tetap meneruskan konsert tersebut kerana mereka tidak sedar dengan kejadian yang berlaku. Semasa persembahan 4Minute, tiada seorang pun ahli atau kakitangan yang menyedari kemalangan itu sehingga mereka tiba di Seoul barulah mereka mendengar berita tentang kemalangan yang berlaku. Ahli kumpulan itu telah membatalkan penampilan mereka di Minggu Fesyen Seoul sebagai tanda menghormati keluarga mangsa.

tempat kejadian insiden di 4Minute konsert

Kira-kira 700 orang hadir ke konsert yang diadakan di Pangyo Techno Valley, kesemua mangsa dilaporkan berdiri di atas jeriji pengudaraan itu untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik.

concert planner 4 minute bunuh diri

Tambahan, penganjur konsert itu bunuh diri kerana tertekan dengan kejadian ngeri yang berlaku. Mayatnya dijumpai tidak jauh dari tempat 16 orang yang terbunuh apabila jeriji pengudaraan yang mereka berdiri runtuh.

Harap kejadian ini boleh dijadikan iktibar untuk semua.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...