Ikuti Kami:

“Gila..” – Netizen Terkejut Lihat Ada Peminat Dah Beratur 4 Hari Sebelum Persembahan Jungkook Di NYC

“Gila..” – Netizen Terkejut Lihat Ada Peminat Dah Beratur 4 Hari Sebelum Persembahan Jungkook Di NYC

Nampaknya, ramai peminat amat teruja untuk menantikan persembahan solo Jung-kook BTS!

Kalau korang nak tahu, Jung-kook akan mempersembahkan lagu solonya “Seven” buat kali pertama di New York City dalam program “Good Morning America”.

Untuk pengetahuan, persembahan idola itu akan berlangsung pada hari Jumaat 14 Julai ini, bersama dengan artis lain seperti Carly Rae Jepsen, Fat Joe, Busta Rhymes, Hozier dan ramai lagi.

Meskipun program itu akan berlangsung pada Jumaat ini namun ada beberapa peminat yang sudah mula beratur sejak 11 Julai, bagi menjadi orang terawal yang dapat masuk ke lokasi tersebut.

Menerusi video yang dikongsi, ada peminat yang dilihat berkhemah di hadapan Central Park dan ada juga peminat antarabangsa yang datang dengan bagasi mereka.

Selepas melihat video itu, netizen rata-rata terkejut melihat semangat peminat dan menulis,

Mereka sudah mula berbaris dari sekarang?

 

Saya rasa mereka mesti akan dapat melihat Jung-kook dari dekat.

 

Tetapi persembahannya pada hari Jumaat? Itu sangat gila.

Teruja betul tu nak jumpa Jung-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...