Ikuti Kami:

Menari Lagu ‘My House’ Di Perjumpaan ‘Running Man’, Video Jeon Somin Raih Hampir 100 Ribu Tontonan

Menari Lagu ‘My House’ Di Perjumpaan ‘Running Man’, Video Jeon Somin Raih Hampir 100 Ribu Tontonan

Si cantik Jeon So-min sebenarnya berbakat dalam pelbagai bidang tahu? Bukan sahaja lakonan, hampir kesemua bakat seni lain turut dimiliki olehnya.

Terbaru, ahli “Running Man” telah mengadakan perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’ di Manila, Filipina. Ianya amat bermakna buat peminat kerana mereka telah menunggu kelangsungan acara tersebut sejak 2020 lagi memandangkan ia ditunda dek situasi pandemik yang menggugat dunia selama 2 tahun ini.

Tak cukup sesi perkongsian bersama peminat selain bermain pelbagai permainan bersama, setiap ahli “Running Man” turut memaparkan persembahan istimewa buat semua.

Antara yang menarik perhatian ramai ialah persembahan Jeon So-min menari sambil diiringi lagu popular “My House” dendangan 2PM. Terbukti tular, video yang dimuat naik di Twitter itu kini telah mencecah hampir 100 ribu tontonan. Cayalah!

Komen peminat,

Jeon So-min paling hot!

 

Seronok melihat video Jeon So-min meraih tontonan setinggi ini. Selayaknya!

 

Apabila awak dah kenal personanya, awak pasti akan menjadi peminat Jeon So-min.

 

Dia patut mendapat lebih banyak sorakan.

 

Saya tak berhenti mengulang tonton video ini. Jeon So-min sangat bagus dan senyumannya membuktikan bahawa dia yakin dengan persembahan ini.

 

Cantiknya dia!

Jeon So-min memang dilahirkan untuk menari.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...