Ikuti Kami:

Menari Gembira, Ahli ‘Running Man’ Sambut Perkahwinan Pengarah Choi Hyungin

Menari Gembira, Ahli ‘Running Man’ Sambut Perkahwinan Pengarah Choi Hyungin

Dalam kesibukan menguruskan jadual dan kandungan penggambaran, akhirnya pengarah “Running Man” iaitu Choi Hyung-in telah pun selamat mendirikan rumah tangga kelmarin.

Menurut laporan media, pengarah wanita pertama “Running Man” itu telah pun bernikah dengan kekasihnya iaitu CEO kepada syarikat hiburan High Up, Choi Jin-woo yang menaungi artis seperti STAYC.

Menerusi gambar dan video yang dimuat naik ketika majlis berkenaan, dapat dilihat ahli “Running Man” lain gembira menyambut perkahwinan itu. Malah Kim Jong-kook turut menyanyikan lagu ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Selain itu, STAYC turut membuat persembahan manakala Yoo Jae-suk pula bertanggungjawab menjadi hos keramaian indah itu.

Semoga pasangan ini berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...