Ikuti Kami:

Menang Saman, Agensi Lama Perlu Bayar RM4.6 Juta Pada Song Jihyo

Menang Saman, Agensi Lama Perlu Bayar RM4.6 Juta Pada Song Jihyo

Akhirnya keadilan berpihak pada yang dianiaya!

Pada hari ini, Mahkamah Tinggi Seoul di Bahagian 45 (Hakim Ketua Kim Gyeong-su) memutuskan keputusan kemenangan bagi plaintif dalam tuntutan pembayaran wang yang difailkan oleh Song Ji-hyo terhadap agensi lamanya, Uzurocks Entertainment.

Keputusan yang diambil mengarahkan Uzurocks supaya membayar sejumlah 984 juta won (RM3.5 juta) Song Ji-hyo sebahagian faedah lewat. Keputusan tersebut juga menetapkan bahawa kos perbicaraan hendaklah ditanggung oleh agensi berkenaan.

song jihyo

Sebelum ini, pada bulan April tahun ini, Song Ji-hyo memberikan notis tamat kontrak eksklusif kepada pihak Uzurocks. Katanya, dia tidak menerima bayaran sebanyak 984 juta won daripada agensi lama, dan mendakwa bekas CEO tersebut telah menyeleweng sebanyak 1.2 bilion won (RM4.3 juta), termasuk bayaran model iklan sebanyak 900 juta won (RM3.2 juta).

Sementara itu, Song Ji-hyo sudah pun menandatangani kontrak eksklusif bersama Nexus E&M sejak bulan lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...