Walaupun agak senyap dan ‘introvert’ namun sebenarnya Song Ji-hyo menyembunyikan sisi yang mungkin mengejutkan ramai.

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli bersama tetamu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho telah ke Singapura bagi menjalani satu misi istimewa. Bahkan ini merupakan kali pertama mereka kembali menjalani penggambaran di luar negara setelah sekian lama.
Mungkin kerana banyak menyertai perjumpaan peminat di luar Korea, Song Ji-hyo sepertinya berjaya memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris apabila dia senang berkomunikasi dalam bahasa itu ketika di Singapura.
Jihyo’s English is improving 👌😍 #송지효 #SongJiHyo #宋智孝 #ソンジヒョ pic.twitter.com/8lcubpQ0Tq
— 영원한 지효 (@foreverjihyo) November 19, 2023
Malah, rata-rata peminat turut meluahkan rasa terkejut dek gaya percakapan wanita itu dalam episod berkenaan.
Mesti sebab dia banyak sertai acara luar dengan Glutanex.
Comel lah dia berbahasa Inggeris~
Saya sayang Ji-hyo.
Bagus lah Song Ji-hyo~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.