Menang Besar, Kim Hyeyoon Berjaya Rangkul Anugerah ‘Best New Actress’ Di Dua Majlis Anugerah Berprestij
- oleh Athirah Azmi
- 3 tahuns lalu
Nampaknya, pelakon ini berjaya mengalahkan kehebatan pelakon lain…
Baru-baru ini, pelakon Kim Hye-yoon, berjaya memenangi anugerah “Best New Actress” di majlis Grand Bell Film Festival dan juga Blue Dragon Film Awards. Kejayaan itu sekaligus memberi makna besar baginya pada tahun ini.
Melihat kepada kejayaan itu, Kim Hye-yoon berkata,
Memenangi anugerah bermakna seperti ini adalah punca utama saya untuk terus melakukan yang terbaik. Tahun ini adalah tahun penuh emosi buat saya.
Kim Hye-yoon berjaya merangkul anugerah sedemikian hasil daripada lakonan hebatnya menerusi filem “The Girl On Bulldozer”. Dirinya mula menjadi perhatian sejurus selepas menjadi teraju utama bagi filem itu dan dia berjaya membuka mata umum dengan lakonan yang mengagumkan.
Kim Hye-yoon nyatanya berjaya menempah kejayaan yang luar biasa lebih daripada nama-nama besar pada tahun ini. Dia berkata,
Saya berupaya untuk menyambut pengakhiran tahun ini dengan lebih gembira berbanding orang lain kerana saya menerima anugerah bermakna ini. Terima kasih kepada Hye-young dalam “The Girl On A Bulldozer”, saya boleh terus melangkah ke peringkat seterusnya!
Wah, menang besar Kim Hye-yoon tahun ini! Tahniah ya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




