Ikuti Kami:

“Menang Anugerah Pun Saya Tak Gembira..” – V BTS Kongsi Kisah Depresi Pada Masa Lalu

“Menang Anugerah Pun Saya Tak Gembira..” – V BTS Kongsi Kisah Depresi Pada Masa Lalu

Bukan senang untuk V bertahan bertahun-bertahun dalam industri hiburan..

Terbaru pada 6 September, V BTS telah muncul dalam program “You Quiz on the Block” bagi mempromosikan album solonya “Layover”, bakal dilancarkan pada 8 September ini.

Dalam siaran itu, Yoo Jae-suk bertanya kepada V sama ada dia tidak berasa penat semasa melakukan konsert jelajah dunia BTS. Jawab idola itu,

Ada masanya saya hilang keyakinan di atas pentas. Pada masa itu, saya tidak dapat merasakan keseronokan membuat persembahan dan jantung saya tidak lagi berdegup kencang tidak kira saya buat persembahan di mana sekalipun. Saya berasa takut untuk naik ke pentas kadang-kadang.

Sambung V lagi,

Saya mula berasa ‘biasa’ apabila kami membuat persembahan di atas pentas atau menerima anugerah. Tidak kira betapa besarnya anugerah itu, saya tidak lagi dapat merasakan kebahagiaan dan nilainya. Saya sedar ‘Ia tidak boleh jadi seperti ini. Ia masalah besar dan saya harus cuba sesuatu yang baru’.

v bts

Oleh itu, V menjelaskan sebab itulah dia bersama ahli memulakan program “Run BTS” bagi mencuba sesuatu yang berbeza dan mengekalkan semangat dengan lebih kuat.

Fighting BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...