Ikuti Kami:

Memiliki Masa Depan Cerah, 8 Pelakon Kanak-Kanak Korea Ini Mesti Korang Kenal!

Memiliki Masa Depan Cerah, 8 Pelakon Kanak-Kanak Korea Ini Mesti Korang Kenal!

Selain pelakon dewasa, pelakon kanak-kanak dalam drama Korea turut mendapat perhatian ramai.

Sudah mula berlakon seawal umur 5 tahun, ada ramai pelakon cilik yang kian aktif dalam pelbagai projek kini dan menunjukkan bakat lakonan yang mengagumkan.

Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara pelakon kanak-kanak yang dipercayai bakal menjadi pelapis pelakon hebat Korea pada masa hadapan.

Oh Jiyul

oh jiyul

Bagi siapa yang menonton “The Glory” pasti akan kenal dengan pelakon Oh Ji-yul yang membawa watak sebagai Ha Ye-sol. Sebelum ini, pelakon cilik itu juga pernah menemui penonton dalam “Extraordinary Attorney Woo” dengan wataknya sebagai versi kanak-kanak Woo Young-woo. Comel sangat!

Kim Kanghoon

kim kanghoon

Seterusnya adalah Kim Kang-hoon yang juga merupakan pelakon kanak-kanak yang dikenali ramai. Untuk pengetahuan, Kim Kang-hoon debut pada 2013 dengan program “Mom and Dad from Today”, menyambut ulang tahun debutnya yang ke-10 pada 2023 ini pada usia 15 tahun. Drama lain yang pernah dibintanginya adalah “Racket Boys”, “Reborn Rich”, “Mouse” dan banyak lagi.

Kim Minseo

kim minseo

Kim Min-seo yang dilahirkan pada tahun 2009, telah menemui penonton menerusi pelbagai drama popular. Antara wataknya yang penonton paling ingat adalah Oh Ju-ri dalam “Hometown Cha Cha Cha” iaitu anak perempuan tunggal kepada duda Oh Chun-jae dan juga pemilik kafe di Gongjin. Kemudian pada 2022, dia juga muncul dalam drama “The First Responders” dan berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Muda Terbaik di ‘SBS Drama Awards’.

Kim Jun

kim jun

Haa seorang lagi pelakon cilik yang buat penonton geram dengan kecomelannya adalah Kim Jun! Penonton kebanyakannya mula mengenali Kim Jun menerusi drama “Hospital Playlist” dengan wataknya sebagai anak kepada Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) iaitu Woo-joo atau nama panggilannya Uju.

Moon Woojin

moon woojin

Kalau cakap pasal pelakon kanak-kanak, nama Moon Woo-jin pastinya tidak terkecuali. Untuk pengetahuan, Moon Woo-jin kerap menemui penonton sebagai watak versi kanak-kanak untuk pelakon utama lelaki. Contohnya dalam drama “What’s Wrong With Secretary Kim?”, “It’s Okay To Not Be Okay” dan banyak lagi. Dengan visual dan bakat lakonannya yang serba boleh, penonton percaya Moon Woo-jin bakal menjadi pelapis pelakon Korea pada masa akan datang.

Kim Suan

kim suan

Mula berlakon ketika umurnya berusia 5 tahun, Kim Su-an semakin dikenali ramai menerusi filem “Train to Busan”, dengan wataknya sebagai anak kepada Gong Yoo. Bukti lakonannya yang meyakinkan, Kim Su-an juga telah menjadi pemenang termuda untuk anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ‘Buil Film Awards’. Dengan ini, ramai yang menantikan perkembangan kerjaya Kim Su-an sebagai seorang pelakon pada masa hadapan.

Seo Woojin 

seo woojin

Seo Woo-jin yang dilahirkan pada 2015 adalah pelakon kanak-kanak yang terkenal menerusi lakonannya sebagai Seo Woo dalam “Hi Bye Mama!”. Khususnya dalam drama itu, dia memainkan watak sebagai budak perempuan meskipun dia adalah seorang lelaki. Drama lain yang dibintanginya adalah seperti “Save Me 2”, “The King” dan pelbagai lagi.

Kal Sowon

kal sowon

Buat korang yang tonton filem sedih “Miracle in Cell No.7” semestinya akan kenal dengan Kal So-won yang memainkan watak Ye-seung ketika kecil. Dengan lakonannya yang amat mengagumkan meskipun hanya berumur 7 tahun dalam filem tersebut, Kal So-won dipercayai akan mempunyai masa depan yang cerah sebagai seorang pelakon.

Haa korang kenal tak mereka semua ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...