Haih… membahayakan diri lah..
Pada 19 November lalu, acara perjumpaan bersama peminat Park Eun-bin “Park Eun Bin Fan Meeting Tour – EUN-BIN NOTE: BINKAN In Tokyo”, berjaya menerima sambutan yang hebat dan dek kerana itu juga, satu lagi acara perjumpaan bersama peminat ditambah di dalam jadual pelakon itu.
Namun, satu insiden buruk hampir berlaku sewaktu acara perjumpaan peminat di Tokyo. Ini kerana, ketika kenderaan yang dinaiki Park Eun-bin sedang menuju keluar, sekumpulan peminat terus menerpa ke bahagian jalan tanpa memikirkan keselamatan diri masing-masing.
Full video: Bye Bye after Binkan Tokyo! We were surprised a lot of people are running then we saw her car! Waaaah Park Eun Bin thanks for stoping infront of us! #ParkEunBinInTokyo pic.twitter.com/70crxwKqoS
— Jodi (@itsmejodiiii) November 19, 2022
Mujur, kenderaan dinaiki sempat berhenti seketika dan Park Eun-bin dikatakan menurukan tingkap dan meminta peminat untuk berhati-hati. Bukan itu sahaja, ketika itu masih banyak kenderaan lain yang turut tiba dari arah bertentangan yang mana boleh menyebabkan kemalangan buat mereka.
https://twitter.com/ParkEunBinBR/status/1593937224734851073
Bahayanya…. jangan main kat jalan raya lah…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.