Ikuti Kami:

“Jaga Diri Sendiri Dulu” – Park Eunbin Jadi Kaunselor, Kongsi Tips Percintaan Dalam Vogue Korea

“Jaga Diri Sendiri Dulu” – Park Eunbin Jadi Kaunselor, Kongsi Tips Percintaan Dalam Vogue Korea

Park Eun-bin kongsi tips mengenai percintaan? Wah wah…

Baru-baru ini, Park Eun-bin tampil dalam Vogue Korea untuk satu sei temu bual.

Menerusi sesi temu bual “Park Eun Bin, A Counseling Master Who Left A Lot Of Wise Sayings Today” , Park Eun-bin hadir memberikan beberapa nasihat mengenai hubungan percintaan. park eunbinDalam video tersebut, Park Eun-bin berkata,

Hari ini saya akan membuka pusat kaunseling. Ramai yang menghantar dan berkongsi masalah mereka. Namun, tidak semestinya kaunseling saya hari ini mampu memberi jawapan kepada persoalan anda.

park eunbinKebimbangan pertama yang dikongsi oleh peminat adalah mengenai keupayaan untuk melepaskan pekerjaan yang stabil demi untuk memilih impian. Park Eun-bin berkata,

Saya dah melakukan pekerjaan ini terlalu lama dan saya menyukainya. Jadi ia mengambil masa yang agak lama untuk saya sedar, “Adakah ini yang terbaik untuk saya?”

Walaupun saya mengalami kesukaran dari masa ke semasa, saya rasa saya akan selalu bertanya kepada diri sendiri kenapa saya menyukai pekerjaan ini. Jadi, sehingga kini saya dapat merasakan ini adalah impian saya. 

park eunbinSoalan kedua, bagaimana seseorang itu mampu bercakap atau berkomunikasi dengan baik. Lalu, Park Eun-bin berkata,

Sebenarnya, saya sendiri bercakap dengan agak cuai, tetapi berbeza dengan bagaimana saya bertindak. Sekarang pun, ada sahaja bahagian yang sebutan saya agak kabut semasa membaca.

Saya rasa anda hanya perlu berasa selesa apabila anda mahu berbuat demikian, dan bercakap dengan jelas apabila anda mahu bercakap. Jika anda bimbang setiap kali bertemu orang, kurangkan kebimbangan anda.

Saya tidak dapat menyebut dengan baik apabila fikiran saya menguasai diri saya. Terlalu banyak ketegangan dan stress adalah tidak baik. Badan anda harus santai dan tenang, serta cuba kekalkan tempo anda sendiri. 

park eunbinSoalan yang paling mendapat perhatian, adalah apabila seorang lelaki di usia 30-an berkongsi bahawa dia kini sedang mengalami kesukaran dalam perhubungannya. Park Eun-bin berkata,

Perasaan menyukai seseorang itu adalah sesuatu yang sangat berharga. Buang sahaja mereka yang tidak boleh memahami perasaan sebegitu. Saya tidak boleh memberi jawapan yang spesifik kerana saya tidak tahu bagaimana hubungan awak sekarang.

Tapi, saya rasa selagi kamu mampu, kamu boleh cuba menangani hubungan itu dalam had kamu sendiri. Saya sendiri, berasa puas hati jika saya boleh meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan orang yang saya boleh tangani, yang saya selesa. Jangan terlalu memaksa untuk melebihi had kamu sendiri. Jaga diri sendiri dulu. 

park eunbinBetul lah tu… bila bercinta kadang kita lupa diri sendiri…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...