Ikuti Kami:

“Memang Tiada Kekasih” – Sampah Bertimbun, Ahli ‘Running Man’ Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook

“Memang Tiada Kekasih” – Sampah Bertimbun, Ahli ‘Running Man’ Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook

Pastinya ramai yang tidak menyangka rumah Kim Jong-kook bersepah.

Dalam siaran terbaru “Running Man”, episod tersebut memaparkan ahli lain melawat rumah Kim Jong-kook untuk mengemas dalam misi ‘SOS Zon Pembersihan Serius’.

Apabila mereka tiba di rumah Kim Jong-kook, Ji Ye-eun berbisik perlahan,

Nampaknya memang dia tiada teman wanita.

Yoo Jae-suk yang membuka peti sejuk terkejut apabila mendapati ia penuh dengan bekas sos makanan dan sisa makanan.

kim jongkook

Semasa mengemas rumah, para ahli mula membuang beg plastik yang bertimbun. Kim Jong-kook cuba menghentikan mereka. Haha kemudian bertanya kepada Kim Jong-kook,

Kenapa kamu tak pakai barang-barang mewah yang ada di dalam bilik stor itu?

Kim Jong-kook menjawab,

Saya rasa malu jika memakainya, macam dihukum.

Lelaki bujang memang macam ini ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herarald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...