Ikuti Kami:

Akui Bisnes Baju Dalam ‘Gagal’, Tapi Kenapa Song Jihyo & Ahli ‘Running Man’ Dikritik Netizen?

Akui Bisnes Baju Dalam ‘Gagal’, Tapi Kenapa Song Jihyo & Ahli ‘Running Man’ Dikritik Netizen?

Bukan mudah nak mulakan sebarang perniagaan, tak kisahlah ia dipelopori oleh selebriti ternama pun.

Sebelum ini, ahli “Running Man” bercerita mengenai Song Ji-hyo yang berasa risau memandangkan pakaian dalam yang direkanya hanya menerima satu ke dua tempahan sahaja dalam sehari selepas ia dilancarkan.

Selepas episod “Running Man” itu disiarkan, akaun Instagram jenama Nina.Ssong berkongsi sekilas Song Ji-hyo sedang bekerja keras di mana dia dilihat memeriksa pelbagai jenis kain yang sesuai buat pakaian dalam rekaannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina.Ssong (@_nina.ssong_)

Pun begitu, netizen Korea berterusan meluahkan rasa kurang yakin dengan jenama berkenaan selain mempersoalkan kesungguhan ahli “Running Man” yang kerap cuba ‘menjual’ perniagaan Song Ji-hyo dalam setiap episod rancangan tersebut.

Komen netizen,

  • “Adakah Running Man telah bertukar menjadi rancangan untuk mempromosikan perniagaan selebriti di TV? Mereka dibayar ratusan ribu won setiap episod, jadi kenapa mereka beriklan secara percuma?”
  • “Melihat kepada jumlah ulasan kedai tersebut, memang nampak ia sedang bergelut. Tetapi jenama itu tidak menawarkan banyak rekaan dan, yang lebih penting, ia tidak dibuat di Korea.”
  • “Sebabnya adalah kerana harganya mahal.”
  • “Harga agak tinggi…”
  • “Orang tidak akan membeli sesuatu yang mereka tidak mahu pakai.”

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...