Sentiasa menjadi bualan ramai, Song Hye-kyo nyata mengubah perspektif semua dek pembawaan watak yang hebat dalam “The Glory”.
BACA: “Kami Hidup Berjauhan..” – Jung Sungil Dedah Sudah Berkahwin
Tiada terlepas daripada kritikan, pelakon wanita tersebut sempat menjawab mengenai jangkaan orang ramai terhadapnya dalam sebuah temubual eksklusif bersama majalah ELLE.
Mengulas tentang watak dalam “The Glory”,
Saya merasakan bahawa teraju lelaki dan wanita perlu kelihatan cool dan cantik tapi ‘The Glory’ tiada elemen seperti itu. Hampir tiada solekan dan pencahayaan juga ditetapkan bagi menghidupkan suasana sebegitu. Dong-eun yang hanya hidup dalam kesusahan, agak pelik kalau dia kelihatan seperti dijaga dengan rapi.
Malah wanita itu turut menjawab mengenai kata-kata bahawa dia sudah menua,
Ada yang mengatakan bahawa saya nampak tua, memang pun kerana usia saya sudah meningkat.
Bagi meningkatkan jangkaan ramai untuk bahagian kedua “The Glory”, Song Hye-kyo mendedahkan bahawa wataknya Moon Dong-eun akan menayangkan ekspresi yang lebih pelbagai nanti.
Tak sabar nak tengok “The Glory Part 2” pada 10 Mac ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉