Semua rasanya dah ada crush baru apabila menonton “The Glory” baru-baru ini kan?
Walaupun Lee Do-hyun merupakan teraju utamanya, tapi mata penonton lebih tertancap buat teraju lelaki keduanya iaitu Jung Sung-il yang membawa watak Ha Do-young iaitu seorang lelaki kaya mempunyai perasaan buat Moon Dong-eun (Song Hye-kyo).
Selepas daripada siaran bahagian pertama siri itu di Netflix, nama lelaki berusia 43 tahun itu mula meniti di bibir peminat K-Drama kerana ketampanan serta pembawaan dirinya yang macho.
Pun begitu, peminat pastinya akan berasa kecewa apabila mengetahui bahawa Jung Sung-il sebenarnya sudah mempunyai isteri. Hal itu didedahkan lelaki itu menerusi teaser pendek untuk episod akan datang “You Quiz On The Block”,
Dia berada di Amerika dan saya di Korea. Kami berjauhan selama 3 tahun dan dia tetap meminta untuk menjalinkan hubungan meskipun berjauhan.
Untuk mengetahui kisah penuh cinta antara merpati dua sejoli itu, saksikan episod penuh “You Quiz On The Block” pada 1 Februari 2023 nanti.
Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉