Ikuti Kami:

“Memang Dia Abaikan Kami Tapi..” – Bobby Kali Pertama Dedah Sebab B.I Harus Tinggalkan iKON

“Memang Dia Abaikan Kami Tapi..” – Bobby Kali Pertama Dedah Sebab B.I Harus Tinggalkan iKON

Meskipun sudah 4 tahun berlalu, pasti ada peminat yang masih rindui B.I sebagai ahli iKON.

Terbaru pada 11 September, Bobby telah memuat naik satu gambar di Instagram, memberi petunjuk kepada peminat untuk kemunculan semulanya dengan album solo baru.

Selain itu, lelaki tersebut juga aktif membalas komen peminat dan ada juga menjelaskan mengenai perasaannya selepas B.I meninggalkan kumpulan iKON. Dia berkata,

Dia adik saya. Dia memang ada menunjukkan pengaruh buruk kepada generasi seterusnya tetapi ia tidak menghalang saya untuk terus menyayanginya. Saya sayang dia sebanyak mana awak sayang dia. Jangan lupa yang dia juga lelaki yang baik. Sila bagi dia peluang untuk membetulkan dirinya. Kemaafan adalah perkara paling mulia manusia boleh lakukan.

Sambungnya lagi dengan berkongsi sebab B.I terpaksa memilih untuk tidak menjadi sebahagian dari kumpulan itu lagi,

Memang dia abaikan iKON atau saya dan Chan-woo, DK, Song, Jay dan June tapi selepas semua kebencian yang dia terima, saya faham perasaannya. Dia terpaksa buat keputusan kerana dia tidak mahu menjadi beban kepada iKON. Saya membuat keputusan untuk memaafkannya dan tunjuk rasa cinta kepada adik saya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F (@bobbyindaeyo)

Mengenai kemungkinan jika dia bersama B.I akan dapat berkolaborasi di masa hadapan, Bobby memberitahu,

Saya tidak tahu jika kami akan dapat berkolaborasi dengannya lagi tapi saya tetap sayang dia.

Pasti bukan mudah untuk iKON dan B.I, tapi hidup harus diteruskan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...