Ikuti Kami:

Bukan Peminat Auto Jadi iKONIC, 9,000 Hadirin Gegar Axiata Arena Bersama iKON!

Bukan Peminat Auto Jadi iKONIC, 9,000 Hadirin Gegar Axiata Arena Bersama iKON!

Kita boleh percayakan iKON untuk singgah ke Malaysia setiap kali konsert jelajah mereka berlangsung!

Malam Sabtu lalu, Axiata Arena digegarkan dengan jeritan bersemangat iKONIC dengan gelombang ‘KONfire’ selama tiga jam. Dihadiri 9,000 peminat, konsert jelajah dunia 2023 ‘TAKE OFF’ yang dianjurkan My Events International dan JoJo Events berlangsung dengan meriah dek persembahan hebat dari DK, Bobby, JUNE, Song dan Chan.

iKONIC nyanyi sekali

Bermula tepat jam 8 malam, pentas itu dihangatkan dengan bakat tak terperi setiap ahli dan tenaga semaksima mungkin. Antara lagu yang dipersembahkan buat peminat ialah “Tantara”, “Love Scenario”, “Killing Me”, “Rhythm Ta”, “At Ease”, “Why Why Why” dan banyak lagi. Melihatkan semangat yang ditonjolkan iKON, para peminat turut sama menandingi energi mereka sampaikan semua tak senang duduk.

Malah KONfire yang memenuhi arena itu membuktikan kesetiaan peminat yang 5 tahun menanti iKON kembali ke Malaysia. Ternyata, semangat setiakawan antara iKONIC dan iKON berjaya menyentuh orang ramai yang menyaksikan dedikasi mereka. Dari persembahan pembukaan hingga ke penutup penuh klimaks, konsert jelajah dunia ‘TAKE OFF’ di Kuala Lumpur menjadi memori indah buat semua termasuklah penganjur.

iKON kekal popular

Bukan hanya peminat tapi ia membuktikan kekuatan kumpulan itu meskipun berpindah ke agensi baru, 143 Entertainment. Walaupun Jay terpaksa menyertai latihan ketenteraan dua hari sebelum konsert ini tetapi ahli iKON tidak lupa mengingati ‘abang’ mereka dengan sentiasa menyebut namanya selain turut memainkan VCR bersama Jay.

ikon take off

Di akhir konsert, DK, Bobby, JUNE, Song dan Chan turut menyentuh hati peminat apabila meluahkan rasa terima kasih dan syukur melihat sokongan yang kekal sama oleh iKONIC.

Meskipun ada yang bukan peminat turut menghadiri konsert ini, namun rata-rata mereka berjanji akan menyertai kelab peminat iKON selepas ini.

Min pun dah jadi iKONIC~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...