Ikuti Kami:

Kini Dijual Dari Harga RM198, Lokasi Konsert iKON Di Kuala Lumpur Ditukar Ke Stadium Axiata Arena

Kini Dijual Dari Harga RM198, Lokasi Konsert iKON Di Kuala Lumpur Ditukar Ke Stadium Axiata Arena

Ada berita gembira buat peminat yang ingin menemui iKON di Malaysia!

Terbaru, Jojo Events dan My Events International iaitu penganjur untuk jelajah konsert iKON “2023 iKON World Tour Take Off in Kuala Lumpur” telah mengumumkan perubahan lokasi dari Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) ke Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Khususnya, mereka percaya bahawa Axiata Arena adalah tempat terbaik untuk konsert tersebut, dengan kemudahan dan kapasiti yang lebih besar dari lokasi sebelum ini.

Selain itu, pihak penganjur telah menambah kategori terendah untuk menjadikannya lebih berpatutan dengan harga hanya RM198 bagi CAT 5.

Bukan itu sahaja, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tiket bagi kategori CAT 1, jangan lupa untuk dapatkan diskaun tambahan sebanyak 15% dengan menggunakan kod promosi “IKONKL15”.

Mengutamakan kepuasan peminat, penganjur juga sedang bekerja dengan tekun untuk reka bentuk pelan konsert, bagi memastikan iKONIC akan dapat mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama idola tersayang mereka.

Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan tiket anda menerusi pelancaran semula penjualan tiket yang akan berlangsung pada 28 Jun jam 12 tengahari, di laman www.ticket2u.com.my.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...