Ikuti Kami:

Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Nam Taehyun Dikenakan Denda Sebanyak RM200 Ribu

Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Nam Taehyun Dikenakan Denda Sebanyak RM200 Ribu

Nam Tae-hyun kena bayar denda?

Terbaru, Hakim Ham Hyun-ji dari Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah mendenda Nam Tae-hyun sebanyak 6 juta won atas pertuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan, penyanyi itu dituduh memandu kira-kira 5-10 meter di bawah pengaruh alkohol di Gangnam-gu, Seoul pada kira-kira 3:30 pagi pada 8 Mac yang lalu.

Nam Taehyun

Selain itu, Nam Tae-hyun turut merosakkan cermin sisi teksi sambil membuka pintu keretanya yang dipandunya.

Kemudian, pihak Nam Tae-hyun berkata,

Semasa menunggu pemandu proksi, dia cuba mengalihkan keretanya yang menghalang kenderaan kenalan. Dia tidak mempunyai alasan untuk pertimbangannya yang tergesa-gesa.

Terdahulu, polis menghantar Nam Tae-hyun ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Pusat Seoul atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan pihak pendakwa mengeluarkan dakwaan ringkas terhadapnya.

Ermm, macam-macamlah…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...