Ikuti Kami:

Kekasih Bongkar Isu Dadah & Pukul, Ini Respon Nam Taehyun

Kekasih Bongkar Isu Dadah & Pukul, Ini Respon Nam Taehyun

Baru-baru ini, kecoh apabila Nam Tae-hyun dikhabarkan telah menjalani siasatan polis akibat isu dadah dan turut dikatakan memukul teman wanitanya.

Isu itu mula berbangkit apabila sebelum ini, Seo Min-jae iaitu teman wanitanya sendiri berkongsi mengenai pengambilan dadah Nam Tae-hyun. Pada perkongsiannya sebelum ini, dia berkata,

Nam Tae-hyun mempunyai ‘metaphetamine’ dan terdapat satu picagari yang digunakannya di dalam bilik dan di dalam laci. Dia juga memukul saya. 

Tidak lama selepas itu, dia memadam perkongsian tersebut dan memuat naiknya semula. Malah, dia turut mengulangi perkara itu berulang kali sehingga menimbulkan rasa ingin tahu daripada peminat.

Lalu, netizen membuat laporan mengenai perkara itu kepada pihak polis Yong-san dan mereka juga telah menjalankan siasatan terhadap Nam Tae-hyun.

Namun, perkara ini makin mengelirukan apabila situasi mereka berubah sekelip mata. Seo Min-jae berkata,

Semalam, saya dan kekasih saya bergaduh atas kesilapan masing-masing. Pada waktu itu, saya juga berada dalam keadaan yang kurang wajar dan saya juga tidak mengingatinya secara terperinci. Sekarang saya makan dengan terlalu banyak lebih daripada pengambilan ubat saya yang sepatutnya akibat terlalu stress.

nam taehyunNam Tae-hyun juga sempat berkata,

Kepada sesiapa yang mungkin terkejut dengan kejadian semalam, saya memohon maaf. Hanya berlaku pertengkaran di antara pasangan namun, kami sudah berbaik. 

Tindakan Nam Tae-hyun yang langsung tidak menyebut soal dadah itu dilihat sebagai satu ‘cover up’ dengan menunjukkan sisi baiknya sebagai seorang kekasih. Ini kerana, permohonan maaf yang dibuatnya, telah hilang daripada laman media sosialnya dan peminat mula mengesyaki sama ada dia telah memadam muat naik tersebut atau menukarnya ke pada ‘mode privacy’.

Rasa ingin tahu netizen kian melonjak, apabila mereka turut membandingkan penampilan Seo Min-jae sewaktu dia menyertai “Heart Signal 3” dengan keadaannya yang sekarang. Mereka berkata dia bertukar daripada kelihatan sangat ceria kepada seorang yang kelihatan depresi atau ‘kosong’. seo minjaeTapi, nak cakap terkejut pun tak juga, sebab, Nam Tae-hyun sememangnya dikenali dengan jolokan ‘trouble maker’. Dia sebelum ini pernah mengganggu peminat ketika promosi kumpulannya, WINNER, setelah itu dia meninggalkan kumpulan itu. Kemudian, dia menghisap rokok sewaktu membuat persembahan, cetuskan kontroversi dan banyak lagi.

Oleh itu kini, netizen lebih peka dengan muat naik atau apa jua masalah yang dilakukannya agar mereka yakin bahawa Seo Min-jae dalam keadaan yang selamat.

Hm… kita harap Seo Min-jae okay jelah kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...