Ikuti Kami:

“Memalukan Negara..” – Jadi Liputan Negara Luar, Karina aespa Dikritik Netizen Dek Tulis Surat Permohonan Maaf

“Memalukan Negara..” – Jadi Liputan Negara Luar, Karina aespa Dikritik Netizen Dek Tulis Surat Permohonan Maaf

Karina telah menjadi perhatian ramai selepas berita mengenai hubungan percintaannya bersama Lee Jae-wook didedahkan oleh Dispatch.

Selepas berita mengenai hubungannya disahkan oleh agensi, peminat aespa telah menghantar trak protes di hadapan bangunan SM. Menyebabkan Karina kemudiannya menulis surat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Malah, isu jadi semakin serius selepas media besar seperti BBC (Saluran Penyiaran British) menyiarkan artikel mengenai permohonan maaf ahli aespa tersebut di kaca TV sekaligus memberikan tanggapan negatif terhadap peminat K-Pop.

Netizen merasakan bahawa perkara itu telah memberikan nama buruk terhadap peminat di Korea serta memburukkan nama industri muzik negara tersebut. Ramai juga yang menyatakan bahawa ianya merupakan perbuatan yang telah memalukan negara.

Antara komen netizen ialah,

Yang dia nak minta maaf tu kenapa?

 

Memalukan negara betul..

 

Dia sepatutnya harus kekal diam tanpa buat apa-apa.

 

Saya rasa kasihan dekat dia.

 

Siapa suruh dia pergi minta maaf.

 

Semua salah peminat Cina yang hantar trak protes tu.

 

Karina dah memalukan nama peminatnya sendiri.

 

Jangan la salahkan Karina.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...