Ikuti Kami:

“Hancurkan Kerjaya..” – Bercinta Dengan Lee Jaewook, Peminat Hantar Trak Tanda Protes Buat Karina aespa

“Hancurkan Kerjaya..” – Bercinta Dengan Lee Jaewook, Peminat Hantar Trak Tanda Protes Buat Karina aespa

Satu hantaran di komuniti atas talian telah melaporkan bahawa dua trak bantahan buat Karina aespa telah di hantar di luar bangunan SM Entertainment.

Di mana, trak-trak tersebut mengandungi mesej yang menggesa ahli aespa itu untuk membuat permohonan maaf.

Mesej di trak pertama berbunyi,

Tak cukup ke kasih sayang yang peminat beri sehingga awak nak mengkhianati kami? Sila minta maaf kepada peminat awak kalau tak hasil jualan album awak akan menurun dan ruangan konsert awak akan kosong.

Manakala di trak kedua,

Awak dah kerja keras selama 7 tahun tapi awak sendiri yang hancurkan kerjaya awak. Segala usaha awak hilang disebabkan oleh kisah percintaan awak. Adakah awak dah berpuas hati?

sm-truck

Meskipun begitu, rata-rata netizen telah meluahkan ketidaksetujuan mereka mengenai trak yang dihantar. Malah, mereka turut menyatakan bahawa penyanyi idola juga perlu diberikan kebebasan untuk menjalinkan hubungan percintaan.

Antara komen netizen,

Saya rasa kasihan dengan Karina.

 

Bazir duit je..

 

Kenapa mereka macam ni?

 

Serabutnya!

 

Kenapa dia nak kena mohon maaf pula?

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...