Kadang-kadang ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan selebriti meskipun disebabkan hal yang remeh.
Sama seperti Song Ji-hyo yang hanya cuba menyelit dalam perbualan ahli lain dalam episod terbaru “Running Man”.
Dalam episod kali ini, para ahli perlu mengikut kata-kata tuan rumah iaitu Cha Tae-hyun dalam episod istimewa ‘Pembantu Rumah’. Pun begitu, dalam diam mereka cuba merampas takhta itu.
Semasa Haha, Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Ji Suk-jin dan Yang Se-chan sedang berkomplot, Song Ji-hyo mencelah dan meminta untuk menjadi tuan rumah baru.
Dengan suara yang comel, Song Ji-hyo menjawab pertanyaan Kim Jong-kook yang bertanya mengapa dia mahu menduduki tempat paling atas itu,
Saja nak jadi.
Walaupun rata-rata memuji Song Ji-hyo yang dilabel sebagai ‘orang muda’ kini, masih ada yang mengkritik kelakuannya cuba berlagak comel,
Semakin lama Song Ji-hyo dah seperti mak cik, tak sukanya..
Muda ke kalau umur 43 tahun?
Kenapa saya berasa meluat dan geli apabila melihat Song Ji-hyo seperti itu?
Sedap je mulut..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉