Ikuti Kami:

Melodrama Pertama Selepas 11 Tahun, Jung Woosung Kembali Dengan ‘Tell Me That You Love Me’ November Ini

Melodrama Pertama Selepas 11 Tahun, Jung Woosung Kembali Dengan ‘Tell Me That You Love Me’ November Ini

Pelakon Jung Woo-sung akan kembali dengan drama barunya!

Drama “Tell Me That You Love Me” yang telah diadaptasikan daripada drama Jepun dengan tajuk yang sama ini mengisahkan tentang Cha Jin-woo (Jung Woo-sung) seorang pelukis yang mempunyai masalah pendengaran dengan seorang wanita bernama Jeong Mo-eun (Shin Hyun-bin).

Drama yang telah diarahkan oleh pengarah Kim Yun-jin ini telah berjaya mendapat perhatian ramai selepas mengumumkan Jun Woo-sung sebagai pelakon utama.

Malah, drama ini juga menjadi drama genre melodrama pertama yang dibawakan oleh Jung Woo-sung selepas 11 tahun sejak lakonannya dalam drama “The Sound of His and Her Heartbeats” pada tahun 2012.

tell me that you love me

Jung Woo-sung bakal membawa watak sebagai Cha Jin-woo, seorang pelukis yang mempunyai masalah pendengaran. Di mana pelukis ini telah menggunakan mata dan reaksi wajahnya sebagai cara untuk dirinya meluahkan rasa cinta.

Drama ini juga dijangka bakal menjadi karya di mana kita dapat melihat sisi baru lakonan luar biasa Jung Woo-sung.

Dalam masa yang sama, drama “Tell Me That You Love Me” ini bakal mula ditayangkan di Disney+ bermula 27 November ini.

Tak sabarnya nak tengok drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...