Ikuti Kami:

“Saya Lihat Cermin..” – Tablo EPIK HIGH Dedah Berhenti Pergi Gim Lepas Nampak Tubuh Jung Woosung

“Saya Lihat Cermin..” – Tablo EPIK HIGH Dedah Berhenti Pergi Gim Lepas Nampak Tubuh Jung Woosung

Tablo mengaku bahawa dia alami kekecewaan yang besar selepas melihat tubuh badan Jung Woo-sung.

Tablo telah muncul sebagai MC istimewa di dalam rancangan “My Little Old Boy” pada 5 November yang lalu. Dalam episod itu, Tablo telah mendedahkan bahawa dia ingin cuba untuk bersenam di gim walaupun dia memiliki tubuh badan yang kecil.

Namun, dia membatalkan hasratnya selepas dia melihat pelakon Jung Woo-sung.

Katanya,

Saya tak sehebat Kim Jong-kook. Tapi, saya cuba untuk pergi gim supaya badan saya dapat jadi macam badan Jong-kook.

Tambahnya,

Masa hari pertama saya pergi, saya masuk dekat bilik persalinan untuk mandi. Dalam tu hampir kesemuanya tengah berbogel jadi tak nampak pelik sangat. Tapi, masa saya tengah keringkan rambut ada orang tiba-tiba tegur saya.

jung woosung

Adu ahli EPIK HIGH itu lagi,

Dia panggil nama saya dan bila saya toleh ianya pelakon Jung Woo-sung. Masa tu kami berdua tengah berbogel depan cermin dan masa dia tengah bercakap tu saya lihat dekat cermin tu dan saya nampak badan saya dan badan dia jauh bebeza.

Tambah penyanyi itu sambil ketawa,

Lepas saya nampak badan dia saya terus berhenti pergi gim.

tablo

Dia juga menyatakan bahawa Jung Woo-sung merupakan seorang yang sangat tinggi dan pelakon tersebut telah membuatkan dirinya terpaku setelah melihat tubuh badannya.

Tapi memang betul cakap Tablo, walaupun Jung Woo-sung dah berusia tapi tubuh dia masih lagi macam lelaki usia 20-an.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...