Ikuti Kami:

Melawat Pameran Lukisan, So Jisub & Isteri Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Berkahwin

Melawat Pameran Lukisan, So Jisub & Isteri Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Berkahwin

Berkahwin pada 2020, pasangan So Ji-sub dan Cho Eun-jung akhirnya membuat penampilan umum buat kali pertama.

Baru-baru ini, pelukis Park Seo-bo telah memuat naik beberapa gambar di Instagramnya yang turut menampilkan So Ji-sub bersama isterinya Cho Eun-jung yang pergi melawat pameran seninya.

Park Seo-bo turut menulis kapsyen,

Saya memutuskan untuk membuka ruang pameran peribadi saya kepada orang ramai setiap hari Rabu dan Jumaat. Pelakon So Ji-sub datang beberapa hari lalu. Isterinya membuat tempahan lukisan dan mereka melawat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박서보 (@parkseobo)

Jelasnya lagi,

Orang yang melawat pada hari itu pasti merasakan mereka memenangi loteri, kerana mereka bertemu saya dan mereka bertemu seorang selebriti terkenal.

Bagi yang belum tahu, pasangan itu telah berkahwin pada 2020, dan dilaporkan bahawa kedua-dua mereka bertemu ketika Cho Eun-jung sedang menemu bual So Ji-sub untuk filemnya.

Alala so sweet!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...