Ikuti Kami:

“Insomnia Saya Hilang” – Isteri 17 Tahun Lebih Muda, So Jisub Akui Gembira Selepas Kahwin

“Insomnia Saya Hilang” – Isteri 17 Tahun Lebih Muda, So Jisub Akui Gembira Selepas Kahwin

Baru-baru ini, So Ji-sub telah terlibat dengan satu temu bual untuk filemnya akan datang berjudul “Confession”.

Bagi yang belum tahu, “Confession” adalah filem yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang dituduh sebagai penyebab bagi satu pembunuhan di sebuah bilik berkunci, dan peguamnya yang bakal merungkai segala kebenaran.

Untuk pengetahuan, ini merupakan sesi temu bual pertama So Ji-sub sebagai seorang suami, selepas berkahwin pada dua tahun lepas. Dia berkongsi,

Khabar angin dating tercetus semasa penggambaran ‘Confession’, dan saya berkahwin selepas itu. Saya rasa isteri saya akan datang ke tayangan perdana ‘Confession’.

so jisub

Kemudian, pelakon itu turut berkongsi bahawa dia berasa gembira selepas berkahwin. Jelasnya,

Selepas berkahwin, saya gembira. Saya tidak tahu mengapa, tetapi selepas kami berkahwin, saya sebenarnya berasa lebih stabil. Insomnia saya juga benar-benar hilang dan saya rasa saya semakin matang dari segi psikologi. Saya cadangkan untuk anda semua berkahwin tanpa syarat.

Sekadar info, So Ji-sub telah berkahwin pada April 2020 dengan seorang bekas wartawan Cho Un-jeong, berumur 17 tahun lebih muda daripadanya.

Dalam pada itu, filem “Confession” yang dibintangi So Ji-sub, Nana dan ramai lagi, bakal ditayangkan pada 26 Oktober nanti. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...