Ikuti Kami:

Media China Lapor Song Hyekyo & Lee Minho Bakal Berkahwin?

Media China Lapor Song Hyekyo & Lee Minho Bakal Berkahwin?

Secara tiba-tiba nama Song Hye-kyo dan Lee Min-ho dikaitkan, dah kenapa?

Baru-baru ini, media Vietnam iaitu SAO Star telah melaporkan bahawa berita perkahwinan kedua-dua pelakon sangat tersebar secara meluas di China.

Kisah ini bermula apabila foto suntingan keduanya memakai pakaian tradisional Cina telah tular di serata laman komuniti negara itu termasuklah Weibo.

song hyekyo lee minho

Khabarnya, walaupun jelas kelihatan bahawa gambar itu sudah disunting namun ramai netizen China yang terus menyebarkan berita palsu itu ke mereata tempat bahawa SOng Hye-kyo dan Lee Min-ho bakal berkahwin tak lama lagi.

Dalam pada itu, Song Hye-kyo baru sahaja memenangi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik’ di Anugerah Baeksang 2023 bagi persembahan lakonan untuk drama “The Glory”.

Senangnya buat cerita..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...