Ikuti Kami:

Mayat Ditemui Di Lokasi Konsert Libatkan Jungkook BTS, Ramai Risau Keselamatan Peminat Beratur

Mayat Ditemui Di Lokasi Konsert Libatkan Jungkook BTS, Ramai Risau Keselamatan Peminat Beratur

Walaupun teruja mahu berjumpa idola kesayangan, namun keselamatan haruslah menjadi keutamaan.

Terbaru, media melaporkan bahawa mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui terapung di sekitar Harlem Meer di Taman Pusat New York, Amerika Syarikat. Menurut wakil Jabatan Polis New York, pihak berkuasa sedang bekerja keras mencari tahu cerita sebenar disebalik kematian itu.

Lebih merisaukan apabila kejadian itu berlaku berhampiran lokasi Konsert Musim Panas GMA yang akan dihadiri Jungkook BTS pada 14 Julai nanti.

central park corpse

Walaupun masih dalam keadaan kekalutan kerana penemuan mayat itu, namun khabarnya sekumpulan peminat BTS sudah pun berkumpul di kawasan berkenaan bagi berbaris untuk menjaga tempat ke dalam konsert itu meskipun ianya akan berlangsung dua hari lagi.

Kebanyakan peminat yang tinggal berdekatan turut menyuarakan kerisauan mengenai puluhan ARMY yang sudah pun beratur di tempat kejadian. Kerana situasi tak dijangka, mereka seharusnya mengutamakan keselamatan masing-masing terlebih dahulu.

Semoga semua baik-baik sahaja.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...