Ikuti Kami:

“Matanya Kosong” – Pertama Kali Muncul Di Umum Lepas Kematian Moonbin, Netizen Kasihankan Cha Eunwoo

“Matanya Kosong” – Pertama Kali Muncul Di Umum Lepas Kematian Moonbin, Netizen Kasihankan Cha Eunwoo

Siapa sangka sudah hampir 12 hari Moonbin ASTRO telah pun pergi dari dunia ini buat selamanya.

Terbaru, Cha Eun-woo yang merupakan ahli ASTRO terpaksa kembali ke dunia seni selepas insiden menyedihkan itu dalam masa 9 hari sahaja. Lelaki itu yang juga popular sebagai pelakon telah hadir di ‘KonnecThai’ di Bangkok di mana ianya merupakan acara perhubungan strategik antara Korea Selatan dan Thailand.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, keputusan kemunculan Cha Eun-woo itu dibuat selepas perbincangan mendalam di antara agensi dan penganjur dan bagi mereka lebih baik supaya acara itu diteruskan.

cha eunwoo

Komen netizen selepas melihat penampilan Cha Eun-woo,

Penatnya jadi selebriti..

 

Saya mungkin tak dapat fahami perasannya tetapi saya berharap agar dia dapat melalui semua ini.

 

Dia nampak sedikit tak terurus, sepertinya dia mengalami waktu sukar kini. Harap dia kuat..

 

Dia bukan hanya rakan Moonbin tapi mereka seperti keluarga.

 

Padangannya nampak kosong..

 

Sedih melihat kegembiraan hilang dari wajahnya.

Semoga Cha Eun-woo dan ahli ASTRO lain kuat.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...