Ikuti Kami:

“Mata Bulat Dia..” – Lee Sangyeob Kongsi Pertemuan Pertama Dengan Bakal Isteri

“Mata Bulat Dia..” – Lee Sangyeob Kongsi Pertemuan Pertama Dengan Bakal Isteri

Tak lama lagi, Lee Sang-yeob akan menamatkan zaman bujangnya.

Terbaru, Lee Sang-yeob telah muncul dalam program “Pyeon Restaurant” sebagai tetamu untuk episod istimewa.

Dalam siaran itu nanti, pengacara BOOM mengucapkan tahniah kepada Lee Sang-yeob dan bertanya secara terus terang,

Adakah awak mencintainya?

Respon Lee Sang-yeob dengan bangga,

Saya sayang dia, sebab itu saya nak berkahwin.

Kemudian ketika ditanya mengenai pertemuan pertama dengan kekasihnya, pelakon “My Lovely Boxer” itu berkongsi,

Saya tidak boleh melupakan pertemuan pertama kami. Apabila saya mendongak sambil makan, mata saya bertemu dengan matanya pada masa yang sama dan saya masih teringat wajah yang memandang saya dengan mata bulat sampai sekarang.

lee sangyeob

Sambungnya lagi sambil tersenyum malu,

Ada sesuatu yang sering saya katakan kepadanya. ‘Awak comel’.

Sementara itu, Lee Sang-yeob dilapor akan berkahwin dengan pilihan hatinya pada Mac 2024 di Seoul.

Alahai bersemut la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...