Betul lah ramai yang seronok menonton drama Korea lama kan? Disebabkan itu, “Oasis” mendapat perhatian ramai kini.
Menurut Nielsen Korea, drama KBS itu mencapai rating sebanyak 7.4% untuk episod terbarunya. Ini merupakan peningkatan 1% daripada episod sebelumnya sekaligus menjadikan catatan ini sebagai yang terbaik sepanjang tayangannya.
Dalam episod ini, Lee Doo-hak (Jang Dong-yoon) dan Oh Jung-shin (Seol In-ah) mengesahkan perasaan antara satu sama lain meskipun pelbagai rintangan yang dilalui mereka termasuklah helah yang dimainkan Choi Chul-woong (Chu Young-woo).
Bagi yang tidak mengetahui, “Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.
Best tak drama ni korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉