Ikuti Kami:

Kisah Perjuangan Tiga Pemuda Tahun 1980-an, Episod Pertama ‘Oasis’ Raih Rating Tinggi

Kisah Perjuangan Tiga Pemuda Tahun 1980-an, Episod Pertama ‘Oasis’ Raih Rating Tinggi

Bagi sesiapa yang meminati melodrama, korang harus tonton “Oasis”!

Pada 6 Mac, episod pertama drama “Oasis” yang diterajui Jang Dong-yoon, Seol In-ah dan Choo Young-woo telah mula ditayangkan dan berjaya menerima sambutan hangat.

Untuk pengetahuan, “Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.

Pada episod awal ini, ia mengikuti Lee Du-hak (Jang Dong-yoon) seorang pelajar sekolah menengah di sebuah bandar wilayah dan kemudian jatuh cinta pandang pertama dengan Oh Jung-shin (Seol In-ah), yang berpindah ke sekolah barunya dari Seoul.

kbs oasis

Untuk tayangan perdana ini, “Oasis” telah berjaya meraih rating tinggi yang mengagumkan di seluruh negara iaitu sebanyak 6.3%, membuatkan penonton teruja menantikan episod seterusnya.

Korang dah layan belum?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...