Siapa sangka tiada lagi tawa Jeon So-min dalam siaran “Running Man” kini.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli bersama tetamu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho telah menyertai percutian di Singapura.
Semasa sesi pembukaan, Ji Suk-jin mengenang kembali pengalaman menjalani perjumpaan peminat Asia pada 2014,
Kita pernah buat persembahan di sini.
Ji Suk-jin kemudiannya mengusik Yang Se-chan dan berkata,
Kami yang membuka jalan buat korang berdua.
Tanpa sengaja menyebut mengenai Jeon So-min meskipun pelakon tersebut sudah tiada kini, respon Yang Se-chan,
Kalian? Saya sahaja lah. Patutnya sebelum ‘awak’ sertai kami..
Sambung Yang Se-chan lagi,
Setiap kali kita ke luar negara, Ji Suk-jin pastinya akan berkata ‘kalian boleh nikmati semua ini kerana kami yang sediakannya’.
Rindu lah dengan So-min..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.