Ikuti Kami:

Masih Rapat, Pelakon ‘Now, We Are Breaking Up’ Sekali Lagi Adakan Reunion Bersama

Masih Rapat, Pelakon ‘Now, We Are Breaking Up’ Sekali Lagi Adakan Reunion Bersama

Nampaknya, hubungan antara pelakon “Now, We Are Breaking Up” masih kekal utuh!

Pada 14 Mei, Park Hyo-joo telah berkongsi beberapa foto di Instagramnya yang menunjukkan dia meluangkan masa bersama Song Hye-kyo, Choi Hee-seo, Kim Joo-heon, dan Yoon Na-moo.

Sepertinya, mereka berkumpul bersama di Teater Jeongdong bagi menyokong muzikal Yoon Na-moo “Showman”. Dalam kapsyen, dia menerangkan setiap gambar hitam-putih yang dimuat naiknya itu.

now we are breaking up reunion

Khususnya, dia mengambil gambar Choi Hee-seo dan Song Hye-kyo dari belakang dan menulis,

Gadis-gadis saya.

Dua gambar terakhir ialah foto berkumpulan, dan dia menulis kapsyen yang merujuk kepada drama mereka,

Sekarang kita bertemu.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama pelakon drama itu berkumpul untuk memberi sokongan pada satu sama lain. Sebelum ini, Choi Hee-seo, Song Hye-kyo, Kim Joo-heon, dan Yoon Na-moo telah pergi melawat Jang Ki-yong, yang kini berkhidmat dalam tentera.

now we are breaking up

Rapat kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...