Ikuti Kami:

Jang Kiyong Kongsi Song Hyekyo Datang Melawat Di Unit Khidmat Tentera

Jang Kiyong Kongsi Song Hyekyo Datang Melawat Di Unit Khidmat Tentera

Siapa rindu nak tengok gandingan antara Jang Ki-yong dan Song Hye-kyo dalam “Now, We Are Breaking Up”?

Pada siaran 10 Mac program radio SBS Power FM “Cultwo Show”, Jang Ki-yong, Chan-yeol EXO dan Hyo-jin ONF telah hadir sebagai tetamu istimewa bagi mempromosikan muzikal tentera mereka “A Song of Meissa”. Semasa siaran, seorang pendengar bertanya perasaan Jang Ki-yong apabila dia menyertai tentera sebaik sahaja menamatkan penggambaran drama “Now, We Are Breaking Up” pada bulan Januari dan turut mengajukan soalan,

Awak rindu tak Song Hye-kyo noona?

Sebagai tindak balas, Jang Ki-yong berkongsi,

Pertama sekali, saya masih menjalani penggambaran 4 hari sebelum saya menyertai tentera. Saya hanya melihat apa yang saya rakam sebulan selepas memasuki pangkalan tentera. Saya ingin tahu tentang apa yang saya rakamkan, memandangkan saya tergesa-gesa kerana pendaftaran saya. Saya tertanya-tanya, ‘Adakah itu saya?’, dan berasa agak janggal melihat diri saya di TV. Saya juga berasa luar biasa. Ianya sangat bagus. Saya rasa seronok sangat tengok drama itu dengan senior saya.

jang kiyong

Apabila ditanya sama ada Song Hye-kyo pernah melawatnya di unit ketenteraan, Jang Ki-yong berkata,

Dia datang melawat saya dengan seluruh pasukan ‘Now, We Are Breaking Up’. Mereka memberi saya banyak kekuatan.

Sekadar info, Jang Ki-yong telah menyertai khidmat ketenteraan sebagai tentera aktif pada Ogos tahun lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...