Meskipun sudah tidak bekerjasama dalam satu kumpulan, namun Hyun-a dan Kwon So-hyun nampaknya masih rapat sehingga kini!
BACA: Disebabkan Persamaan Ini, Hyuna & Dawn Dipercayai Sudah Kembali Bersama?
Baru-baru ini, Hyun-a telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya, di mana dia berkongsi gambar hadiah yang diterimanya dari So-hyun, merupakan rakannya dari kumpulan 4Minute.
Di entri tersebut, Hyun-a turut menulis kapsyen,
Terima kasih sahabatku. Si tangan emas.
Dalam gambar tersebut, Hyun-a dilihat memakai topi bulu hitam dan penutup kait AirPod Max. Meskipun tidak secara langsung memberitahu bahawa ianya adalah pemberian dari So-hyun namun, Hyun-a turut ‘tag’ akaun instagram sahabatnya itu dan dipercayai bahawa ia adalah hadiah dari rakannya tersebut.
Sebaik sahaja Hyun-a memuat naik gambarnya itu, So-hyun meninggalkan komen,
Ianya sangat sesuai dengan awak.
View this post on Instagram
Untuk maklumat, Hyun-a dan So-hyun merupakan bekas ahli kumpulan 4Minute dan mempunyai banyak lagu popular seperti “Hot Issue”, “What’s Your Name?”, dan “Crazy”. Namun, kumpulan itu telah dibubarkan pada 2016.
Aww, sweetnya dapat kawan yang macam ni!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉