Ikuti Kami:

Masih Lagi Muda, Pemergian 6 Selebriti Korea Ini Mengejutkan Ramai Peminat

Masih Lagi Muda, Pemergian 6 Selebriti Korea Ini Mengejutkan Ramai Peminat

Berita tentang kematian pastinya akan membuatkan ramai orang sedih.

Industri hiburan Korea telah kehilangan beberapa orang muda yang sangat berbakat. Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 selebriti muda Korea yang telah mengambil nyawa sendiri.

Sulli (25 tahun)

artis korea mati usia muda

Laporan menunjukkan Sulli telah mengalami masalah berpanjangan berkaitan dengan kes buli atas talian. Kematiannya mencetuskan beberapa kontroversi di Korea Selatan sehingga mendorong peminat menuntut hukuman yang berat bagi kes jenayah siber.

Goo Hara (28 tahun) 

artis korea mati usia muda

Kes bunuh diri Goo Ha-ra berlaku hanya sebulan selepas rakan karibnya, Sulli meninggal dunia. Goo Ha-ra daripada kumpulan gadis K-Pop KARA, ditemui tidak bernyawa di rumah oleh pengurusnya pada November 2019. Dia didakwa didera secara mental oleh bekas teman lelakinya yang memeras ugut berhubung video terlarang mereka. Polis juga mendedahkan bahawa nota bunuh diri telah ditemui di tempat kejadian.

Moonbin (25 tahun)

artis korea mati usia muda

Pada 20 April yang lalu, ahli kumpulan ASTRO, Moon-bin telah disahkan meninggal dunia secara tiba-tiba. Punca kematian Moon-bin masih lagi tidak diberitahu namun, ada beberapa orang yang tidak menghormati hal ini.

Ada di antara mereka membuat andaian sendiri sehingga ibu mendiang terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi, menuntut orang ramai tidak menyebarkan berita tak berasas berkenaan anaknya.

Kim Jonghyun (27 tahun)

artis korea mati usia muda

Pada Disember 2017, penyanyi utama SHINee, Jong-hyun meninggal dunia kerana membunuh diri. Sebelum kejadian, kakak kepada idola K-Pop itu meminta bantuan pihak polis untuk memeriksa adiknya kerana dipercayai dia berniat untuk membunuh diri.

Jong-hyun kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia. Laporan mendakwa dia meninggal dunia akibat sesak nafas punca terhidu asap toksik.

Yoo Jooeun (27 tahun) 

artis korea mati usia muda

Pelakon K-Drama Yoo Joo-eun ditemui mati di rumahnya pada Ogos 2022. Pelakon “Big Forest” itu meninggalkan nota bunuh diri menunjukkan kesihatan mentalnya yang merosot tetapi, tidak mendedahkan sebab di sebalik pilihan drastik itu.

Selain itu, abang Yoo Joo-eun ada berkongsi nota adiknya yang menyayat hati di laman Instagram, di mana mendiang ada meminta maaf serta menyatakan dia tidak mahu hidup lagi.

Cha Inha (27 tahun)

artis korea mati usia muda

Dalam masa beberapa hari selepas kematian Goo Ha-ra, pelakon Cha In-ha pula ditemui mati di rumahnya di Seoul. Cha In-ha membuat debut filemnya pada 2017 dan sebelum ini merupakan ahli kumpulan K-Pop lelaki, Surprise U. Punca kematiannya tidak pernah didedahkan malah ahli keluarga Cha In-ha menolak autopsi dilakukan ke atas mayatnya.

Harap semuanya tenang di sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...