Hari ini, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kematian dua orang pelakon veteran yang disukai ramai iaitu No Young-kook dan Byun Hee-bong.

Lebih mendukacitakan apabila mendiang No Young-kook dikatakan sedang sibuk dengan penggambaran drama “Live Your Own Life” kini.
Menurut laporan, lelaki berusia 74 tahun itu meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan sakit jantung pada pagi tadi.
View this post on Instagram
Bagi memperingati mendiang, pelakon Ha Joon yang merupakan teraju utama drama KBS itu sempat meninggalkan pesanan buatnya,
Saya berdoa dengan penuh harapan agar No Young-kook, yang merupakan rakan lakonan saya dalam drama, dapat beristirehat dengan selesa di syurga. Semoga awak tidak mengalami kesakitan di sana, dan semoga awak sentiasa sihat dan gembira.
Dalam pada itu, pihak drama “Live Your Own Life” masih belum membuat keputusan apa-apa mengenai apa yang akan berlaku mengenai watak dibawa mendiang dan membuat keputusan untuk merehatkan penggambaran buat seketika kini.
Salam takziah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.