Ikuti Kami:

Jo Boah, Rowoon, Ha Joon & Yura Sah Terajui Drama Fantasi Romantik ‘Destined With You’

Jo Boah, Rowoon, Ha Joon & Yura Sah Terajui Drama Fantasi Romantik ‘Destined With You’

Siap sedia semua untuk saksikan K-Drama baru yang akan dibintangi ramai pelakon hebat!

Terbaru, Jo Bo-ah, Rowoon, Ha Joon dan Yura telah disahkan bakal terajui drama fantasi romantik baru berjudul “Destined With You”.

Untuk pengetahuan, “Destined With You” ialah drama percintaan di mana Rowoon akan membawa watak seorang peguam Jang Shin-yu, yang bekerja sebagai penasihat undang-undang untuk Dewan Bandaraya Onju. Wataknya akan terjebak dengan sumpahan dari buku yang diturunkan dari Dinasti Joseon.

Manakala Jo Bo-ah akan membuat kemunculan semulanya dengan watak sebagai Lee Hong-jo, seorang Penjawat Awam Darjah 9 yang menghadapi aduan awam yang melulu dan memalukan penduduk.

Seterusnya Ha Joon akan tampil sebagai Kwon Jae-kyung, seorang penjawat awam di Dewan Bandaraya Onju, yang diminati Hong-jo dan Yura akan memainkan watak Yoon Na-yeon iaitu kekasih kepada Jang Shin-yu.

Sementara itu, “Destined With You” telah dijadualkan untuk tayang pada Ogos ini. Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...