“Running Man” telah berjaya mencipta rekod baru untuk ratingnya pada tahun ini.
Terbaru dalam episod “Running Man” yang disiarkan pada 25 Ogos, beberapa atlet Korea Selatan yang telah yang mencipta sejarah di Olimpik Paris 2024 hadir sebagai tetamu dan menyertai perlumbaan ‘National Team Running Pick’.
Khususnya, episod tersebut telah berjaya mencatat rating tinggi mencecah 4.5% berdasarkan isi rumah di seluruh negara, merupakan rekod paling tinggi untuk tahun ini. Ia sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6% dari episod sebelumnya.
View this post on Instagram
Lebih menakjubkan, “Running Man” juga mengekalkan kedudukan No.1 untuk program hiburan dalam slot masa yang sama dan turut mencapai titik tertinggi mencecah 8.3% ketika episod itu ditayangkan.
“Running Man” masih berbisa!