Ikuti Kami:

“Diorang Nak..” – Bukan Sebab Gaduh, Ji Sukjin Dedah Sebab Sebenar Gary, Kwangsoo & Jeon Somin Keluar ‘Running Man’

“Diorang Nak..” – Bukan Sebab Gaduh, Ji Sukjin Dedah Sebab Sebenar Gary, Kwangsoo & Jeon Somin Keluar ‘Running Man’

Sudah lebih 14 tahun bersiaran, penonton pasti tahu bahawa banyak ahli yang dah keluar masuk dari program “Running Man”.

Terbaru, Choa telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Ji Suk-jin dan berkongsi tentang kehidupannya selepas dia keluar dari kumpulan AOA. Luahnya,

Apabila saya meninggalkan kumpulan itu, saya mahu melakukan sesuatu sendiri tetapi saya dimaki lebih dari yang saya fikirkan. Jadi, mental saya dah penat dan menghabiskan tiga tahun berikutnya dengan berbaring sahaja.

Mendengar luahan wanita itu, Ji Suk-jin turut menceritakan pengalamannya selepas 3 ahli keluar dari “Running Man”,

‘Running Man’ dah bersiaran selama 14 tahun. Ada banyak ahli yang keluar di tengah-tengah siaran. Mereka itu..di sini saya nak beritahu. Gary, Kwang-soo dan So-min keluar bukan sebab ada masalah dengan ahli lain, tetapi mereka keluar kerana ingin mengejar impian mereka.

ji sukjin choa

Celah Choa membuatkan lelaki itu terdiam dan ketawa,

Atau mungkin mereka pergi dengan kebencian.

Biasalah tu kan, tak semua benda dalam dunia ni kekal.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...