Ikuti Kami:

Masih Aktif, Ini 5 Tarian Tradisional Korea Selatan Penuh Dengan Sejarah

Masih Aktif, Ini 5 Tarian Tradisional Korea Selatan Penuh Dengan Sejarah

Penangan gelombang K-Pop di Malaysia kini semakin meriah. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah yang sangat menarik, ternyata Korea Selatan juga mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional.

Berdasarkan sejarah Korea, tarian telah dibentuk sebagai sebahagian daripada ritual shamanistik (bomoh) yang mengagumkan mulai lima ribu tahun yang lalu. Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 jenis tarian tradisional Korea.

Tarian Seungmu

Seungmu ialah tarian tradisional Korea yang asalnya ditarikan oleh sami. Ia adalah salah satu tarian tradisional Korea yang paling terkenal dan ditetapkan sebagai aset penting budaya Korea Selatan pada tahun 1969. Tarian ini diiringi dengan 8 jenis permainan muzik Buddha iaitu yeombul, dodeuri, taryeong, jajin taryeong, gutgeori, dwit gutgeori, gujeong nori dan saesanjo.

Ramai orang Korea berpendapat bahawa seungmu adalah salah satu tarian yang paling cantik walaupun pergerakannya sangat rumit. Keindahan tarian ini dilihat daripada gerak geri penari yang menggunakan selendang panjang berwarna putih, kemudian memukul gendang berserta dengan ekspresi muka berbeza-beza di setiap bahagian tarian. Penari Seungmu memakai selendang putih dipanggil gokkal dengan lengan panjang dipanggil gasa.

Tarian SeungJeonmu

SeungJeonmu ialah sejenis tarian pahlawan untuk menghormati Dewa Bumi. Tarian ini telah muncul kira-kira 2000 tahun dahulu dan biasanya diadakan apabila orang Korea pergi berperang. Melalui tarian ini, diharapkan Tuhan Bumi akan memberi kemenangan perang kepada SeungJeonmu. Ianya terdiri daripada tarian pedang dan tarian gendang yang dikenali sebagai mugo.

Tarian Hallyangmu

Hallyangmu ialah tarian rakyat Korea yang memaparkan kehidupan bangsawan Dinasti Joseon. Pada mulanya tarian ini dipersembahkan dalam persembahan kumpulan lagak ngeri untuk golongan miskin. Namun apabila kumpulan penghibur ini hilang, tarian hallyang mula dipersembahkan untuk golongan dewasa sahaja. Sejak tahun 1910, hallyangmu sering dipersembahkan di rumah hiburan dan pesta Gisaeng.

Tarian Cheoyongmu

Tarian tradisional Korea Selatan yang seterusnya ialah cheoyongmu. Tarian ini merupakan sejenis tarian topeng yang sering dipentaskan di istana untuk menolak bala dan memohon restu daripada dewa. Tarian ini dipercayai berasal dari zaman Silla United Kingdom dan masih bertahan sehingga kini. Pada tahun 2009, UNESCO telah mengiktirafkan tarian cheoyongmu ini ke dalam ‘Supreme Masterpiece of The Oral and Nonhuman Cultural Heritage of Man’.

Tarian ini sinonim dengan penggunaan topeng cheoyong merah dengan senyuman mesra dan bergigi putih. Topeng ini juga dilengkapi dengan 2 subang, rantai dan topi hitam dengan bunga peony, ranting pokok dan 7 buah pic. Kesemua elemen ini dipercayai sebagai pengusir setan.

Tarian Buchaechum 

Tarian ini juga dipanggil tarian kipas. Penari buchaechum menggunakan kipas yang cantik dengan hiasan gambar bunga peonies. Tarian ini dipersembahkan oleh sekumpulan wanita yang memakai hanbok berwarna terang dan kontras. Tarian ini pada asalnya bertujuan untuk memperingati upacara penyembahan dewa, tetapi kini tarian ini telah dipentaskan di pelbagai acara tahunan, perayaan dan juga acara kenegaraan. Para penari menggunakan kipas untuk membentuk gerakan ombak, rama-rama terbang, ombak, bunga dan banyak lagi.

Bukan biasa-biasa sejarah tarian tradisional Korea.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...