Ikuti Kami:

“Masa ‘The Negotiation’ Kan?” – Hyunbin Dedah Tarikh Sebenar Bercinta Dengan Son Yejin

“Masa ‘The Negotiation’ Kan?” – Hyunbin Dedah Tarikh Sebenar Bercinta Dengan Son Yejin

Rasanya semua mengakui bahawa Son Ye-jin dan Hyunbin ialah antara pasangan selebriti Korea yang menjadi kegemaran ramai.

Terbaru, pelakon lelaki itu ada berkongsi cerita mengenai isterinya ketika sidang media filem ‘The Point Men’.

Semasa bercerita mengenai wataknya ketika berlakon filem “The Negotiation”, Hwang Jung-min sempat mengusik mengenai Son Ye-jin,

Awak dan Son Ye-jin sedang bercinta kan sewaktu penggambaran filem itu?

hyunbin son yejin

Balas Hyunbhin terkejut,

Saya tak bercinta pada ketika itu. Saya terasa seperti awak seorang wartawan kini.

Disebabkan soalan tajam Hwang Jung-min itu, rata-rata peminat mengimbau kenangan mengenai khabar angin percintaan pasangan tersebut apabila ditangkap membeli belah di Amerika Syarikat selepas penggambaran filem itu tamat.

Walaupun menafikan sebarang hubungan intim namun gosip antara mereka terus berterbangan apabila keduanya terus mesra semasa promosi drama “Crash Landing On You”.

Ala malu-malu pulak~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...