Ikuti Kami:

“Masa Sekolah Saya Benci..” – Cha Eunwoo Dedah Dibantu Cikgu ‘Fizik’ Untuk Sertai Uji Bakat Di Fantagio

“Masa Sekolah Saya Benci..” – Cha Eunwoo Dedah Dibantu Cikgu ‘Fizik’ Untuk Sertai Uji Bakat Di Fantagio

Cha Eun-woo telah mendedahkan kebenaran sebenar tentang kisah uji bakatnya.

Baru-baru ini, Cha Eun-woo telah membuat penampilan di dalam siri 1theK bagi mempromosikan album solonya. Dalam masa yang sama, penyanyi itu turut bercerita mengenai kisah uji bakatnya bersama Fantagio.

Katanya,

Saya nak berterima kasih dekat cikgu fizik saya, sebab dia lah saya dapat jadi sebahagian dari ASTRO.

Tambahnya,

Walaupun saya suka belajar, tapi masa sekolah saya sangat bencikan mata pelajaran fizik dan masa hari uji bakat tersebut dijalankan, cikgu saya tiba-tiba ingin membuat kelas ganti fizik.

cha-eun-woo-school

Sambungnya lagi,

Dengan perasaan yang kecewa saya dah berniat untuk tidak menghadiri uji bakat Fantagio dan pergi ke kelas fizik. Bila cikgu saya dapat tahu, dia telah membuat keputusan untuk membatalkan kelas itu supaya saya boleh pergi ke uji bakat tersebut.

Tak boleh bayang kalau Cha Eun-woo tetap nak pergi kelas fizik masa tu kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...