Ikuti Kami:

“Masa & Pendaftaran BTS Ke Khidmat Tentera Belum Ditentukan” – HYBE Labels

“Masa & Pendaftaran BTS Ke Khidmat Tentera Belum Ditentukan” – HYBE Labels

Umur ahli tertua sudah pun mencecah 30 tahun, pasti ramai yang menantikan maklumat mengenai khidmat ketenteraan BTS.

Sebelum ini, seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Negara telah membuat satu kenyataan yang mengatakan bahawa BTS tetap boleh membuat persembahan meskipun menyertai khidmat ketenteraan. Jelas mereka,

Membenarkan BTS membuat persembahan tidak bermakna pembinaan semula sistem askar hiburan. Sama seperti pelakon dipilih untuk persembahan muzik yang dianjurkan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang yang adil kepada BTS untuk membuat persembahan sekiranya mereka terpilih.

Berikutan itu, pada 3 Ogos, HYBE Labels telah memberi respon mengenai masa dan pendaftaran BTS ke khidmat tentera. Agensi itu mendedahkan,

Masih tiada masa atau prosedur yang ditetapkan untuk pendaftaran BTS.

bts military

Sambung HYBE Labels,

Aktiviti individu dan aktiviti berkumpulan akan dijalankan pada masa yang sama. Aktiviti individu telah dirancang dengan album solo, dan aktiviti kumpulan termasuk persembahan mereka di Busan pada bulan Oktober. Aktiviti lain akan diumumkan sebaik sahaja masa dan prosedur pendaftaran BTS diputuskan.

Ada banyak benda nak kena ‘settle’ dulu kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...