Bukan mudah mahu mendapatkan tiket konsert mana-mana artis K-Pop sekarang! Kadang kala terpaksa berebut separuh nyawa kerana bukan selalu mereka datang ke negara kita.

Sama seperti yang berlaku ketika konsert ‘BORN PINK’ yang berlangsung di Malaysia pada Mac lalu, segelintir peminat hingga terpaksa melupakan hasrat mereka untuk melihat BLACKPINK kerana konsert itu yang ‘sold out’ selepas baru sahaja beberapa jam tiket dijual.
Tak cukup dengan itu, ada yang perasan beberapa artis tempatan yang menerima tiket percuma sekaligus dikatakan meragut peluang peminat sebenar bagi melihat BLACKPINK.
Terbaru, Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir telah berkongsi foto di belakang tabir yang diambil bersama BLACKPINK. Tidak memberitahu tentang kelebihan itu sebelum ini, rata-rata BLINKs (nama peminat BLACKPINK) telah meluahkan rasa kecewa memandangkan pasangan tersebut dapat peluang sehebat itu meskipun tidak meminati kumpulan wanita berkenaan dan hanya ke sana atas tiket percuma.
Menjengah ke ruangan komen, hampir kesemuanya menyelar kelebihan yang diberikan buat pasangan selebriti itu meskipun bukan peminat tegar BLACKPINK. Malah ada yang menegur Ayda Jebat yang dikatakan hanya bermain telefon semasa konsert tersebut berlangsung.
Dalam pada itu, selebriti lain seperti Meernash yang mendapat peluang itu turut menerima kritikan selepas memuat naik gambar yang sama. Balas lelaki itu, tak semestinya dia perlu memberitahu semua orang bahawa dia adalah peminat BLACKPINK supaya boleh bergambar bersama kumpulan tersebut.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉